Literasi Maklumat
1. Apakah Definisi Literasi?
Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
2. Apakah Definisi Maklumat?
Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.
3. Apakah Maksud Literasi Maklumat?
Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
2. Apakah Definisi Maklumat?
Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.
3. Apakah Maksud Literasi Maklumat?
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
mendifinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai
maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan dengan efektif.
4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?
4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?
Kemahiran Maklumat
Kemahiran Membaca
Kemahiran Berfikir KSecara ritis dan
Kreatif
Kemahiran ICT
Kemahiran Komunikasi.
5. Bagaimanakah penguasaan
kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?
Penguasaan kemahiran Literasi Maklumat
boleh dijalankan melalui perlbagai strategi pengajaran:
Melalui Kerja Kursus
Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran
Tertentu (Sejarah, Geografi, KHB)
Melalui Aktiviti di dalam Kelas
Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Melalui Kerja Kendiri
Melalui Program / Aktiviti PSS
Melalui Program Membaca
Melalui Program Penyelesaian Masalah
dan lain-lain.
6. Apakah peralatan atau bahan
yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
Panduan Guru
Bahan-bahan konvensional di
perpustakaan (Bahan cetak dan bukan cetak)
Komputer dan akses internet
Bahan digital - sumber elektronik
Sumber-sumber lain seperti agensi
kerajaan dan orang perseorangan.
7. Apakah kemahiran Maklumat
yang perlu ada pada murid?
Mengenalpasti keperluan maklumat
Mengesan maklumat dan sumber maklumat
yang pelbagai
Menilai maklumat berdasarkan kualiti,
ketepatan dan lain-lain
Mempersembahkan maklumat.
8. Apakah teknik
pencarian maklumat?
Menentukan objektif dan skop pencarian
Membuat strategi pencarian
Melakukan pencarian
Mengumpul dan menilai hasil pencarian
Pengubahsuaian strategi
9. Apakah model-model
Literasi Maklumat?
a) The Big 6 Skills - Eisenberg
dan Berkowitz
Melalui 6 langkah utama:
Menentukan (task definition)
Mencari (information seeking
strategies)
Mengguna (location and access)
Mencatat (use of information)
Melapor (synthesis)
Menilai (evaluation)
b) Empowering 8 - NILIS
(National Institute of Library and Information Sciences - University of
Colombo, Sri Lanka)
Mengenalpasti (Identify)
Mencari (Explore)
Memilih (Select)
Mengurus (Organise)
Mencipta (Create)
Melapor (Present)
Menilai (Assess)
Mengaplikasi (Apply)
10. Apakah kepentingan
Literasi Maklumat?
Pelajar harus tahu cara yang teratur
dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan.
Melibatkan pelajar secara terus dengan
sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.
Melatih pelajar belajar berdikari
secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan
seumur hidup.
Melatih pelajar untuk menangani ilmu
yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.
11. Apakah itu
Literasi Digital?
Literasi Digital yang juga dikenali
sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam kemahiran
Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkakasan komputer,
perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain.
Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, mencari, memahami,
menilai dan menganalisis dan menggunakan maklumat melalui teknologi digital.
No comments:
Post a Comment