PUSAT SUMBER DATUK DR AWANG SARIYAN
Thursday, 4 July 2019
SEJARAH
Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana merupakan satu projek baru Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang pendidikan kepada penduduk setempat. Kos pembinaan bernilai RM19,750,000.00 dengan keluasan tapak seluas 15.6 ekar. Kontraktor yang bertanggungjawab adalah Hajadi Sdn. Bhd. manakala arkiteknya pula adalah Halim Shahriman & Associates. Projek ini telah dimulakan pada 21 Januari 2009 dan siap pada 17 Mac 2010. Pihak kontraktor telah menyerahkan secara rasmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 Jun 2010.
Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana terletak di tengah Bandar Seri Iskandar. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Julai 2010. Di sekitarnya terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Profesional Mara (KPM) dan Institut Latihan KEMAS. Selain daripada itu, terdapat beberapa buah sekolah rendah dan menengah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah.
Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana terletak di kawasan taman perumahan dan bersebelahan dengan UiTM Seri Iskandar. Perjalanan dari Ipoh ke Bandar Seri Iskandar hanya mengambil masa selama 45 minit dengan jarak 45 kilometer. Sekolah ini mempunyai infrastruktur yang lengkap dan terkini. Mula beroperasi dengan 14 kelas dari Tahun Satu hingga Tahun Lima. Setiap kelas dinamakan mengikut nilai murni iaitu Amanah, Bestari dan Cemerlang.
Guru besar pertama yang mentadbir sekolah ini ialah En. Shahari b. Embon dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran; Pn. Hjh. Khairiah bt. Lahamad, Penolong Kanan HEM; Pn. Norsamsuniah bt. Musa dan Penolong Kanan Kokurikulum; En. Abdullah Radzi b. Abas. Jumlah guru yang dibekalkan untuk sesi pertama ini adalah seramai 34 orang manakala jumlah murid adalah seramai 527 orang. Kesemua bilik darjah dan bilik-bilik khas ini digunakan kecuali tiga buah kelas tahun Enam yang akan mula beroperasi pada tahun 2011. Dan pada tahun 2011 ini jumlah keseluruhan murid meningkat seramai 646 orang murid dan 50 orang murid Pra Sekolah. Jumlah guru juga meningkat seramai 43 orang dengan 2 orang pegawai kerani dan 2 orang pekerja am rendah yang ditempatkan di sini. Tahun 2011 ini juga pihak sekolah menerima kedatangan seorang guru cemerlang Kemahiran Hidup untuk membuka lembaran baru pada sekolah.
LOGO PSS
Objektif Logo:
Sekolah di dalam Pusat Sumber
Maksud Warna dan Bentuk Logo
1. Empat warna utama digunakan
i. Merah - keberanian dan kegigihan pelajar dan guru SK Iskandar Perdana menyahut cabaran.
ii. Biru - Perpaduan dan keharmonian warga SK Iskandar Perdana
iii. Kuning - Cinta dan setia kepada Raja dan Negara.
2. Simbol buku terbuka - sentiasa mencintai 'buku'
3. Segulung ijazah dan topi - Lambang kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar SK Iskandar
Perdana.
4. Komputer - Dunia luas tanpa sempadan dalam mencari ilmu.
5. Lencana sekolah - Lambang sekolah SK Iskandar Perdana.
6. Motto PSS - Efektif, Berlualiti, Cemerlang - perkhidmatan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah
yang sentiasa proaktif, lengkap, mempunyai standard 5 bintang dan sentiasa menunjukkan
kecemelangan.
7. Bentuk bulat - Pusat Sumber Sekolah sentiasa memberikan perkhidmatan yang menyeluruh dan
global untuk guru-guru dan pelajar-pelajarnya.
OBJEKTIF PSS
- Menyediakan sumber rujukan yang lengkap dan menyeluruh bagi kemudahan guru dan pelajar.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru menyampaikan maklumat dengan bantuan teknologi.
- Meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru.
- Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat bagi kegunaan kurikulum.
- Membina program media untuk pengajaran dan pengajaran.
- Mendapatkan alat bantuan mengajar untuk kegunaan guru dan pelajar.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru menyampaikan maklumat dengan bantuan teknologi.
- Meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru.
- Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat bagi kegunaan kurikulum.
- Membina program media untuk pengajaran dan pengajaran.
- Mendapatkan alat bantuan mengajar untuk kegunaan guru dan pelajar.
LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat
1. Apakah Definisi Literasi?
Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
2. Apakah Definisi Maklumat?
Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.
3. Apakah Maksud Literasi Maklumat?
Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
2. Apakah Definisi Maklumat?
Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.
3. Apakah Maksud Literasi Maklumat?
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
mendifinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai
maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan dengan efektif.
4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?
4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?
Kemahiran Maklumat
Kemahiran Membaca
Kemahiran Berfikir KSecara ritis dan
Kreatif
Kemahiran ICT
Kemahiran Komunikasi.
5. Bagaimanakah penguasaan
kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?
Penguasaan kemahiran Literasi Maklumat
boleh dijalankan melalui perlbagai strategi pengajaran:
Melalui Kerja Kursus
Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran
Tertentu (Sejarah, Geografi, KHB)
Melalui Aktiviti di dalam Kelas
Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Melalui Kerja Kendiri
Melalui Program / Aktiviti PSS
Melalui Program Membaca
Melalui Program Penyelesaian Masalah
dan lain-lain.
6. Apakah peralatan atau bahan
yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
Panduan Guru
Bahan-bahan konvensional di
perpustakaan (Bahan cetak dan bukan cetak)
Komputer dan akses internet
Bahan digital - sumber elektronik
Sumber-sumber lain seperti agensi
kerajaan dan orang perseorangan.
7. Apakah kemahiran Maklumat
yang perlu ada pada murid?
Mengenalpasti keperluan maklumat
Mengesan maklumat dan sumber maklumat
yang pelbagai
Menilai maklumat berdasarkan kualiti,
ketepatan dan lain-lain
Mempersembahkan maklumat.
8. Apakah teknik
pencarian maklumat?
Menentukan objektif dan skop pencarian
Membuat strategi pencarian
Melakukan pencarian
Mengumpul dan menilai hasil pencarian
Pengubahsuaian strategi
9. Apakah model-model
Literasi Maklumat?
a) The Big 6 Skills - Eisenberg
dan Berkowitz
Melalui 6 langkah utama:
Menentukan (task definition)
Mencari (information seeking
strategies)
Mengguna (location and access)
Mencatat (use of information)
Melapor (synthesis)
Menilai (evaluation)
b) Empowering 8 - NILIS
(National Institute of Library and Information Sciences - University of
Colombo, Sri Lanka)
Mengenalpasti (Identify)
Mencari (Explore)
Memilih (Select)
Mengurus (Organise)
Mencipta (Create)
Melapor (Present)
Menilai (Assess)
Mengaplikasi (Apply)
10. Apakah kepentingan
Literasi Maklumat?
Pelajar harus tahu cara yang teratur
dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan.
Melibatkan pelajar secara terus dengan
sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.
Melatih pelajar belajar berdikari
secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan
seumur hidup.
Melatih pelajar untuk menangani ilmu
yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.
11. Apakah itu
Literasi Digital?
Literasi Digital yang juga dikenali
sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam kemahiran
Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkakasan komputer,
perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain.
Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, mencari, memahami,
menilai dan menganalisis dan menggunakan maklumat melalui teknologi digital.
Subscribe to:
Posts (Atom)